hahaha..nak cerita malu nak simpan berbulu..
cerita ni 1 day aku kena prank melalui skye..
layan2 puya layan..die blackmail aku..
so melesap la RM600 duit aku..
Walaupun sentiasa beringat tp kadangkala terkena juga..
memang balasan dan aku ambil iktibar ape yg jadi..
so sekarang memang xda mood nk study..
nk release tension sambil berkerja part time..
Antara perkara-perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membuat pembelian,tip elak penipuan internet:
1. Harga yang ditawarkan tidak begitu murah berbanding dengan harga di pasaran. Sekiranya harga terlampau murah, dibimbangi barang tersebut tidak berkualiti atau pun barang curi.
2. Cuba mendapatkan penjual yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Berusaha untuk mengajak penjual untuk menghantar sendiri barang dan membayar setelah menerima barang tersebut.
3. Hati-hati dengan penjual yang mendesak seperti memerlukan wang dengan kadar segera. Adakalanya mereka mendesak dengan mengatakan mereka mendapat tawaran daripada pembeli yang lain, tetapi sebaliknya. Hanya untuk mengumpan sahaja.
4. Berusaha membeli dengan penjual yang memiliki website agar kepercayaan terjamin berbanding dengan individu-individu di laman-laman sosial. Bukan merendahkan kredibiliti individu-individu ini, tetapi kepercayaan pelanggan adalah paling utama.
5. Perhatikan reputasi dan testimonial pelanggan yang pernah membuat transaksi dengannya ataupun berhubung dengan rakan-rakan yang pernah membuat pembelian. Kaji latar belakang dan selok-belok perniagaannya.
Bersama-sama kita membanteras masalah ini agar kita dapat membuat pembelian tanpa rasa takut dan curiga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan