Selasa, 17 Januari 2012

Ciri pemikiran yang baik

Matlamat hidup manusia bagi seseorang untuk berjaya dalam kehidupan.Manusia dicipta bukannya untuk memenuhi keinginan mereka yang sia-sia dan untuk kepentingan diri dalam memburu keghairahan hidup.Sebagai seorang muslim saya menjadikan al-quran sebagai salah satu panduan dalam kehidupan sehari-hari.Dalam kes ciri-ciri pemikiran yang baik kali ini,saya mengambil kira menilai semua aspek dari pandangan al-quran.Contohnya,apabila menghadapi sesuatu yang sia-sia dan mengendahkannya, seorang muslim itu tidak akan mengendahkannya walhal kenyataannya perkara itulah perlu dibincangkan bersama.Untuk mencapainya, setiap muslim perlulah meninggalkan apa yang mereka perolehi daripada kejahilan mereka yang lalu dan juga masyarakat sekelilingnya.Mereka juga perlu mampu menilai setiap isu berdasarkan acuan rabbani dan insani yang terdapat didalam al quran dan sunnah.Sifat-sifat ini yang menghiasi diri kerana mereka berpegang teguh dengan islam.Memag benar.Orang yang sperti ini yang selalunya berjaya dalam hidup dan mereka memiliki kekuatan pemikiran konseptual yang mantap.Inilah yang aku mahukan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan