Rabu, 26 Oktober 2011

Hukum memberi ucapan raya pada agama lain

Hukum meraikan Raya agama lain seperti kristmas, deepavali dan raya cina..

Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.


Yang hanya dibenarkan adalah ucap tahniah dengan perayaan. Adapun menyambut bersama ia tetap terlarang. Maka kita tidak menghadiri rumah terbuka mereka, kerana itu termasuk sebahagian daripada merayakan perayaan mereka.


Percayalah kata Rasulullah saw, Islam akan bangkit di akhir zaman...
"berdoalah kamu, kamu bukan tergolong dlm golongan yg dalam kerugian! Amin....

Selasa, 11 Oktober 2011

Rim sukan kegilaan remaja

HIpotesis 
Semakin mahal harga,
semakin mahu dimiliki..
Tapi Ori dan Local hanya jauhari yang mengenal manikam..

Rd 500 (RM 40K) idaman





Kawasaki GTO bersama rim mahal




View kiri GTO ( RM 5K)




FRONT RIM GTO RM 5K 1SET




KAWASAKI AR125




RIM AR125 ( 3K)




ADA COP MADE IN JAPAN DAN KAWASAKI




RIM MBX (RM1.5K)
Pada aku,berdiri pada bumi yang nyata..
nak membeli biarlah berkemampuan dan jangan sekadar mengikut zaman..

Isnin, 10 Oktober 2011

Helmet arai ram3

Arai products available

  • AUSTRALIA
  • JAPAN
  • EROPAH 





Description

Size

S Size : 55-56cm
M Size : 57-58cm
L Size : 59-60cm
XL Size : 61-62cm

Market rm3500

rm5000

rm4000
EDisi BELL termahal RM 10 000

Jumaat, 7 Oktober 2011

Menyahcaj Gelombang Elekromagnet Pada Diri

Setiap hari kita terdedah kepada frekuensi-frekuensi hasil daripada gelombang elektromagnet yang boleh membahayakan diri kita. Pernahkah anda terkena simpton tiba-tiba sakit kepala, atau mempunyai rasa malas yang berlebihan. Ia adalah kesan sampingan gelombang elektromagnet.

Hasilnya, anda membeli panadol untuk membunuh atau mengurangkan kesakitan tersebut. Tapi tahukah anda kita umat Islam telah diberi satu anugerah oleh Allah s.w.t iaitu sembahyang 5 waktu. Sembahyang 5 waktu tersebut, mempunyai 4 posisi asas iaitu berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk tahiyat. Untuk kali ini, kami akan huraikan bagaimana sembahyang ini menyahcajkan gelombang elektromagnet yang ada pada diri kita, di mana selepas itu boleh membangkitkan sifat-sifat positif pada diri seseorang.

Untuk menyahelektromagnet, sarjana barat telah membuat kajian dan analisa, bahawa cara termudah ialah melalui, meletakkan dahi ke lantai. Dalam posisi sembahyang ialah pergerakan sujud sebenarnya kaedah untuk menyahcajkan gelombang elektromagnet!



Cara terbaik untuk menyahcajkan ialah sujud menghala ke "center of the earth @ Pusat Bumi". Makkah telah dibuktikan secara saintifik sebagai Pusat Bumi, maka kita umat Islam telah dikurniakan oleh Allah s.w.t tentang cara menyahcajkan gelombang elektromagnet ini secara berkesan.