Khamis, 27 Januari 2011

SURRENDER..


GEMBIRA + KECEWA…….. MEMANG ADA MASALAH….!!!!

PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN BAGI KU….!!!!!

ADAKAH AKU MASIH PUNYA HARAPAN? ADAKAH HATI INI AKAN MEMPUNYAI SEMANGAT SEPERTI DULU?

SEMANGAT YANG TELAH HILANG.. SEMANGAT YANG AMAT SUSAH UNTUK DIPULIHKAN..

HUBUNGAN YANG DAHULUNYA DIHIASI DENGAN GELAK KETAWA DAN GURAU SENDA KINI HANYA TINGGAL KENANGAN.. SEMAKIN HARI SEMAKIN HILANG SERINYA.. KALAH SEKALI BUKAN BERMAKNA KALAH SELAMA-LAMANYA.. BIARLAH KALI INI AKU MEMILIH KALAH ITU SEBAGAI PILIHAN MUKTAMAD KU.. AKU TIDAK MAHU BANYAK HATI YANG AKAN KECEWA..

SEMAKIN LAMA AKU MENDALAMI ISI HATIMU, SEMAKIN BANYAK PERBEZAAN YANG DAPAT KU LIHAT DENGAN MATA HATI KU SENDIRI.. SETAHU AKU, TIDAK PERNAH MANUSIA BERJAYA MENJAGA 3 HATI DALAM SATU-SATU MASA.. AMAT MUSTAHIL.. AKU TAK SETANDING DENGAN PARA PESAINGKU.. AKU SEDAR SIAPALAH AKU.. AKU TAK PUNYA APA-APA..

BIARLAH AKU MENARIK DIRI DARIPADA ‘PERTANDINGAN INI’ UNTUK MEMBERI RUANG DAN KEBARANGKALIAN BERSERTA HARAPAN YANG TINGGI KEPADA 2 LAGI PESAING TERDEKAT KU.. WALAUPUN SATU KETIKA DULU, AKU SENTIASA BERANGAN UNTUK MENDIRIKAN ‘MASJID’ BERSAMA-SAMAMU.. NAMUN RUPANYA, ANGAN-ANGAN KU HANYA MENJADI MIMPI NGERI..
KELEMAHANMU DAN KEKURANGAN SENTIASA AKU TERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA.. WALAUPUN SEBELUM INI AKU MELETAKKAN KEPERCAYAAN YANG TINGGI MELEBIHI KEPERCAYAAN KU KEPADA KAWAN-KAWAN KARIB KU SENDIRI..

AKU BERTERIMA KASIH KEPADAMU KERANA DENGAN KEHADIRANMU MEMBAWA BANYAK PERUBAHAN DALAM HIDUP KU.. KAWAN-KAWAN KU MULA MENGATAKAN YANG AKU BANYAK BERUBAH SEJAK BERKAWAN DENGANMU.. MEMANG BENAR.. AKU MULA BERTUKAR KEPADA YANG LEBIH POSITIF.. MULA MENINGGALKAN BENDA-BENDA YANG NEGATIF.. AKU MULA MELIHAT MASA DEPAN.. AKU CUBA UNTUK MELIHAT SATU WANITA SAHAJA DALAM HATIKU.. AKU MULA UNTUK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MEMBINA KELUARGA YANG BAHAGIA..

AMAT SUSAH UNTUKKU MENGATAKAN PERKARA INI.. HANYA KAU DAN AKU SAHAJA DI SINI.. APA YANG AKU HENDAK KATAKAN ADALAH 5 PATAH PERKATAAN.. TERIMA KASIH KERANA MENCINTAI AKU.. SEMUA INI HANYA KUSEDARI TATKALA AKU MELIHAT SENYUMAN DAN SINARAN MATAMU.. TAK PERNAH TERLINTAS DIFIKIRANKU UNTUK MENGENALI DIRIMU DENGAN BEGITU MENDALAM DALAM MASA YANG AMAT SINGKAT..

SIKAP DAN GAYA MU YANG MEMPERSONAKAN DAN MENARIK MINATKU UNTUK MENGENALI MU.. TIDAK PERNAH AKU JUMPA WANITA SEPERTIMU..BIARLAH AKU MEMBAWA DIRI..

2 ulasan:

  1. knape ni man..
    awek mana wat ang ni..
    meh aku sound..

    BalasPadam
  2. uuh jgn lah..
    aku cuma just nk ubah diri aku jd yg terbaek..
    langsung xmengharapkan balasan ape2..

    BalasPadam