Isnin, 30 Mei 2011

Wedding - kak chaq

Tahniah juga kepada pasangan pengantin ini.pic akan diupload later..




aku plak yang xtahan nih..

Rabu, 25 Mei 2011

Puspakom kan diri kita..


Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) di bina pada 1994..Ia bertujuan untuk memeriksa kenderaan secara berkala supaya semua kenderaan di dalam Malaysia berada dalam keadaan baik dan sesuai untuk penggunaan harian diatas jalan raya.. 


Entry ini bukan pasal puspakom..Cuma nak anda faham apa itu puspakom ..

Jadi anda sudah faham maksud tajuk diatas..jom terus baca..

Pernah tak  terfikir satu benda??...

Kita slalu nk improve kan level dalam hidup  for example :

nk improvekan ilmu di dada supaya lagi banyak,
nk improvekan career un tuk future yg lagi bagus,
nk improvekan family supaya lagi bahagia,
nk improvekan business supaya lagi maju..

Tetapi pernahkah kita terfikir untuk improvekan SOLAT  supaya lagi kusyuk dan yang paling penting diterima Allah SWT untuk bekalan akhirat nanti kerana kita tahu yg solat adalah tiang agama, betulkan solat kita InsyaAllah amalan lain yg menyusur akan turut menjadi betul.

Mungkin untuk permulaan kita cuba memahami maksud ayt al-fatihah terlebih dahulu memandangkan inilah surah yg penting yg selalu di baca dalam solat.

Di bawah ini saya sertakn terjemahan al-fatihah untuk berkongsi dengan semua..
selamat beramal.

“Hindari maksiat improvekan amalan”

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat )

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai di Hari Pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus,

(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Selasa, 10 Mei 2011

Melancholic promise


                                Semua orang ada problem..
                  cara untuk menghadapi masalah lebih penting..
      Keserasian kita tiada logiknya..suka dan duka dikongsi bersama..
                   Ini bukan cerita kongsi..lu langsi lu mati hahaha..
                   Yayang nak kamu tahu diri kamu amat berharga..
                            Jangan ambil tindakan terburu-buru..
                             Muhasabah diri dan ingat allah s.w.t..


                           Masa berjalan setajam pedang..
                 Jikalau tersalah jalan bisa sahaja memotong kita..
       Menunggu kamu sehingga kita cukup matang untuk mendirikan masjid..
                 Saya juga akan cuba membahagiakan diri dengan satu isteri..

Doa Apabila Menghadapi Tekanan (Stress)

Sabtu, 7 Mei 2011

Toyota MarK X


The Mark X is a mid size automobile created by Toyota for the Japanese market.


Park at gurney drive


The Mark X is also loaded with high tech gadgets like an adaptive radar based cruise control system, equipped with a brake-control function that can maintain a fixed distance from the car in front, adaptive front lighting system, hill start assist control, HDD navigation system with map on demand and a digital T.V. tuner as well as the automaker’s intelligent parking assist system.

  Engine Code 4GR-FSE 2.5 V6 4cam 24V Dual VVT-i 
 
The Mark X is good for a 0 to 60 MPH sprint of about 8.3 seconds and will return an average of 49.2 MPG.It make me drive crazy.

interior dynamic and stylish

No matter which power plant you choose, both engines can be mated to Toyota’s gas sipping ECT six speed automatic transmission complete with sporty paddle shifters mounted on the steering wheel.


Road tax.. It a performance luxury car.

A review of the materials, processing methods and adhesives used for interior parts helped reduce the amount of volatile organic compounds (VOCs), such as formaldehyde, as well as the discomforting odors sometimes resulting from such materials, to levels below those outlined in the Japan Automobile Manufacturers Association’s "Vehicle Cabin VOC Testing Methods (for Passenger Cars)", which are the industry’s voluntary standards.

Jumaat, 6 Mei 2011

Renungan untuk tersayang..



Duhai Hati…
Mengapa bersedih andai yang terjadi
Tidak seperti yang diimpi,
Bukankah disebalik yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.

Duhai Hati…
Mengapa kecewa dengan cinta makhluk yang akan mati,
Bukankah cinta Allah itu yang hakiki

Duhai Hati…
Mengapa tidak sungguh2 dalam berjuang di jalan illahi,
Bukankah janji Allah telah  terpatri
Duhai hati…
Mengapa cintakan duniawi melebihi cinta ilahi,
Bukankah cinta ilahi lebih diredhai

Duhai Hati…
Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui,
Akan segala isi hati ini..
Dalam tenang dan senyum ini ada duka yang tersembunyi..
Bukan aku pinta jadi begini…

Khamis, 14 April 2011

Fasilitator MHS 2011/2012

Salam 1 Malaysia!!!

Haha sekarang baru rasa sebagai pelajar utem selepas pergi kursus fasi di Pahang..bagi saya masa terlalu cepat berlalu,pergi dan balik cuma sekelip mata,lajunye=speed of light, kita bukan sahaja dapat memupuk 3S,kita boleh belajar bagaimana kita nak menjadi fasilitator sahabat siswa...^^

Saya sangat berharap agar hubungan antara semua fasilitator akan menjadi lebih rapat sampai kita potong atau bakar pun x akan putus dan hancur berkecai...Pengalaman hebat yang sukar dilupakan berkumpulan sekali dengan si Thoriq (budak x-utem yang hebat)..bangga..bangga..

Saya mewakili pelajar fkm UTeM dan saya sendiri menyusun jari sepuluh saya dari hujung rambut sampai ke hujung jari kaki untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terhadap kekasaran bahasa yang menyinggung perasan anda semua ..

Ini adalah langkah pertama untuk mensibukkan diri dalam aktiviti di utem..Selepas ini banyak lagi aktiviti / program yang akan aku masuk..Last harapan cuba buat yang terbaik mencari nilai-nilai murni untuk diri sendiri dalam membina kenyakinan untuk menempuh masa hadapan..mungkin next Mpp siapa tahu..klaska can, prs can, badar cannot..

sekian terima kasih....^^




Khamis, 3 Mac 2011

Ciri-Ciri Isteri Idaman....

1. Seorang isteri yang cantik,solehah, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur di kala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. YANG PALING PENTING ADALAH........
PASTIKAN ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain....


info : jangan sampai kena cekik jadi ayam..

Isnin, 14 Februari 2011

Kisah adek di MEKAH

Pengalaman yang indah dan tidak dapat dilupakan semasa berada di Mekah dan Madinah..Bertolak selama 8 jam menaiki kapal yang terbang bernama MAS pada bulan ramadhan..Terpaksa berpuasa tambah masa selama 5 jam lagi kerana waktu disana lagi lambat dari kita di Malaysia..Dalam kapal terbang pula dilengkapi tv kecil pada setiap kerusi dan kami dihidangkan nasi yang enak2 belaka..Setibanya di Jeddah, kami disambut oleh travel tabung haji untuk membawa kami ke destinasi yang dituju iaitu Madinah al-munawwarah..Kami dibawa ke hotel yang berdekatan dengan masjid nabawi..Kami menginap di madinah selama 2 malam.Ketika disana setiap waktu kami akan pergi sembahyang kat masjid Nabawi untuk menunaikan solat..

Pertama kali saya masuk ke dalam masjid Nabawi, MASYAALLAH terujanya saya bila melihat ,masjid ini kerana tidak ada di Malaysia, atap @ bumbung masjid ini boleh dibuka dan ditutup, ada aircond lagi.. Di dalam masjid ini juga terdapat KUBUR nabi Muhammad s.a.w. Pada hari seterusnya,saya dapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan terkejut hoho.. Dalam perjalanan nak pergi ke masjid saya dan ibu masuk ke dalam kedai untuk memilih jam dan dalam masa yang sama azan zohor berkumandang, lalu owner kedai meninggalkan kami tanpa menutup kedai beliau...Di sana mereka menggunakan system hudud iaitu potong tangan jika mencuri. Berbanding di Malaysia orang tutup kedai dengan mangga pown masih ada yang merompak dan mencuri.(ayat skema betul, tiada niat nak kutuk Malaysia tapi itulah hakikatnya)..

Dalalm perjalanan ke Mekah saya melihat kiri dan kanan jalan seperti di gurun iaitu hanya ada pasir dan kambing sahaja lalu saya bertanya kepada pemandu pelancong (ceh, pemandu pelancong pon adek beradek kami kat sana ja haha nama Abdullah)..Dia la yang selalu teman Dato Siti jika siti pergi mekah sebab dia pandai berkecek bahasa melayu dengan fasih..Pakcik, bagaimana kambing boleh hidup di kawasan yang tiada tumbuhan atau sumber makanan?? Lalu pakcik itu menjawah ini kuasa ALLAH,cuba adik lihat di belah kanan kambing itu hanya makan batu tapi boleh hidup sampai sekarang..

Kemudian kami melawat ladang kurma dan tempat memproses kurma.. di situ terdapat kurma yang fresh dan masih muda tetapi boleh dimakan begitu sahaja. Menurut orang yang bekerja di ladang tersebut pokok kurma sentiasa ada buah.It mean kurma xkan ada masalah seperti gula dan beras..Kurma sentiasa berbuah xkira masa..untung2 sapa dok sana..boleh buat bisnes kurma mesti kaya puya macam hmm lupa nama plak..ada kilang dia kat penang 2..p cari sendiri lah..dah2 sambung cerita kat mekah..Kemudian kami dibawa untuk melawat jabar rahmah iaitu tempat pertemuan adam dan hawa.. Menurut ibu (kak pah)  jika berdoa tentang jodoh kita di situ insyAllah doa kita akan termakbul..

Tibanya di Mekah kami check in hotel berdekatan Kaabah.. Kami bermalam di Mekah selama 2 malam. Tidak dapat digambarkan perasaan saya apabila mula2 masuk ke dalam kawasan kaabah kerana terlalu banyak pintu untuk masuk ke dalam kawasan kaabah. Di Mekah mereka menunaikan solat tarawih 8 rakaat..
Sepupu sepapat kami yang tinggal di Mekah membawa kami ke shopping kompleks.. kedai di mekah kebanyakan dibuka pada malam hari dan pada siang hari pula ditutup. Kami dibawa oleh sepupu ke salah satu shopping complex sudah lupa namanya (nak tahu kena simpan duet p sendiri).. Dalam perjalanan pulang,saya melihat ada moto up tayar depan like “mat rempit’.alangkah terkejut nya saya apabila melihat kejadian itu. Ada jugak sikap masyarakat di sana seperti itu..haha ingat abang aku ja pandai buat skill 2..

Banyak lagi tempat yang dilawati....ntah la nak cerita semua macam xingt..yea makan ikan masin banyak sangat..Tapi kata Abdullah mekah sentiasa ada orang setiap masa..xpernah kosong dan lengang dengan manusia..katanya lagi malaikat akan menyerupai manusia akan berada dikaabah bagi menampakkan terdapat manusia dalam kawasan itu..Makanan di sana semua pelik2 tetapi enak. Contohnya nasi arab, nasi mandi dan teh arab..banyak lagi tapi saya lupa..xpa nanti saya update kena p Tanya mak dulu..itulah pengalaman saya sewaktu pergi menunaikan umrah bersama keluarga..Kaabah ialah titik persilangan atas bumi yang  mengumpulkan kuasa yang paling besar didunia..Sebab itulah selagi kita hidup dan mampu, kita diwajibkan pergi ke Mekah walaupun sekali seumur hidup untuk membersihkan diri kita dari segala dosa dan kekesalan yang lampau..Ketika disana kami dinasihatkan menjaga tatatertib berbahasa..yea banyak kisah benar yang telah berlaku disana..


Selasa, 8 Februari 2011

Hatyai lagi..

Walaupun cuti mid sem hanya 1 minggu tapi berkesempatan melencong ke hadyai, thailand bersama kawan2 dijitra..Pergi bermodalkan rm80 tp dapat lepas duit tambang,makan,shopping haha..memang unplan pergi xbagitaw family takut mereka fikir yang bukan2..biasa la banyak berjalan luas pemandangan tinggi pendustaan..yea cuba fikir jika angpa dah kahwin laki angpa p siam..haha mesti xboleh tido puya..Dalam sibuk mencari barang rare ada masa pula berkenal -kenal dengan awek siam belajar di universiti Thaksin..

Tapi niat kali ini lain,p jalan just nak refreshkan diri dari segala masalah cintan dikota raya..yea sekarangkan umur 20-an ansyik cerita pon pasal cinta jea..xkan nak cerita pasal hal kat mesir plak..orang selalu cakap cinta 3 segi tapi my version cinta banyak segi kot..orang memang ramai kenalan gurl tapi orang just nak cari cinta sejati bukan perempuan cantek hoho..huh terkejut bila aku diserang oleh kekasih gelap sampai xdapat bermain futsal bersama kawan2..lalu dibenci dan xcukup dengan itu dihentam pulak dalam fb..enough is enough..i xkan p kat u dah..stay away from me..ayat kasar cket go to hell..i nak single sampai habis study..jeng..jeng..boleh caya ka???

ops lupa ada my laling now..tp die pun fikir i just a scandal huhu..belasah jea janji bahagia..kecewa lagi p siam lagi pe susah..haha niat jahat sebelum habiskan cerita ini,baru taw my Kak Atim follow this blog,cepat2 cari cinta kamo,saya xsabar nak jadi pengapit anda haha..dah2 kurangkan jiwang dalam kehidupan..masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang lembu melembu masuk tempat harimau tunggu lagi angkat kaki blah r..


 
baju merah (geng taksin)