Tanggungjawab Pembayar Cukai
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:
- Mendapatkan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
Pembayar cukai individu hendaklah menghantar atau mengembalikan BNCP yang telah lengkap diisi tanpa dokumen pada atau sebelum 30 April bagi tiap-tiap tahun ke alamat berikut;
Jabatan Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri
Aras 10-18, Menara C
Persiaran MPAJ
Jalan Pandan Utama
Pandan Indah
55100 Kuala Lumpur - Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.
- Mengira cukai pendapatan.
- Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.
- Membayar cukai untuk diri sendiri.
Menyimpan Rekod
Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen-dokumen berikut bersama BNCP, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:
- Borang EA/EC,
- Baucer dividen,
- Resit premium insurans,
- Resit pembelian buku,
- Resit perubatan,
- Resit derma,
- Resit premium zakat,
- Sijil kelahiran anak,
- Sijil nikah,
- Dokumen-dokumen sokongan lain.
- Helaian kerja (jika ada)
- Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula daripada akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.
Pelepasan Cukai Individu PemastautinTahun 2010 Dan 2011Bil.Jenis Potongan IndividuAmaun (RM)1Individu dan saudara tanggungan9,0002Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa5,000 (Terhad)3Peralatan Sokongan Asas5,000 (Terhad)4Individu Kurang Upaya6,0005Yuran Pendidikan (Sendiri)5,000 (Terhad)6Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati5,000 (Terhad)7Pemeriksaan perubatan penuh500 (Terhad)8Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan1,000 (Terhad)9Pembelian komputer peribadi untuk individu3,000 (Terhad)10Tabungan bersih dalam skim SSPN3,000 (Terhad)11Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan300 (Terhad)12Yuran langganan Jalur Lebar500 (Terhad)13Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu10,000
(Terhad)14Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri3,000 (Terhad)15Suami/Isteri kurang upaya3,50016Anak di bawah umur 18 tahun1,00017Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)1,00018Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.4,00019Anak Kurang upaya
Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan5,00020Insuran nyawa dan KWSP6,000 (Terhad)21Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa)1,000 (Terhad)22Insurans pendidikan dan perubatan3,000 (Terhad)
layak dikenakan cukai
Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.Maknaye gaji 2k dah kena bayar cukai pndapatan.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :- Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
- Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
- Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).