Pertama kali saya masuk ke dalam masjid Nabawi, MASYAALLAH terujanya saya bila melihat ,masjid ini kerana tidak ada di Malaysia, atap @ bumbung masjid ini boleh dibuka dan ditutup, ada aircond lagi.. Di dalam masjid ini juga terdapat KUBUR nabi Muhammad s.a.w. Pada hari seterusnya,saya dapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan terkejut hoho.. Dalam perjalanan nak pergi ke masjid saya dan ibu masuk ke dalam kedai untuk memilih jam dan dalam masa yang sama azan zohor berkumandang, lalu owner kedai meninggalkan kami tanpa menutup kedai beliau...Di sana mereka menggunakan system hudud iaitu potong tangan jika mencuri. Berbanding di Malaysia orang tutup kedai dengan mangga pown masih ada yang merompak dan mencuri.(ayat skema betul, tiada niat nak kutuk Malaysia tapi itulah hakikatnya)..
Dalalm perjalanan ke Mekah saya melihat kiri dan kanan jalan seperti di gurun iaitu hanya ada pasir dan kambing sahaja lalu saya bertanya kepada pemandu pelancong (ceh, pemandu pelancong pon adek beradek kami kat sana ja haha nama Abdullah)..Dia la yang selalu teman Dato Siti jika siti pergi mekah sebab dia pandai berkecek bahasa melayu dengan fasih..Pakcik, bagaimana kambing boleh hidup di kawasan yang tiada tumbuhan atau sumber makanan?? Lalu pakcik itu menjawah ini kuasa ALLAH,cuba adik lihat di belah kanan kambing itu hanya makan batu tapi boleh hidup sampai sekarang..
Kemudian kami melawat ladang kurma dan tempat memproses kurma.. di situ terdapat kurma yang fresh dan masih muda tetapi boleh dimakan begitu sahaja. Menurut orang yang bekerja di ladang tersebut pokok kurma sentiasa ada buah.It mean kurma xkan ada masalah seperti gula dan beras..Kurma sentiasa berbuah xkira masa..untung2 sapa dok sana..boleh buat bisnes kurma mesti kaya puya macam hmm lupa nama plak..ada kilang dia kat penang 2..p cari sendiri lah..dah2 sambung cerita kat mekah..Kemudian kami dibawa untuk melawat jabar rahmah iaitu tempat pertemuan adam dan hawa.. Menurut ibu (kak pah) jika berdoa tentang jodoh kita di situ insyAllah doa kita akan termakbul..
Tibanya di Mekah kami check in hotel berdekatan Kaabah.. Kami bermalam di Mekah selama 2 malam. Tidak dapat digambarkan perasaan saya apabila mula2 masuk ke dalam kawasan kaabah kerana terlalu banyak pintu untuk masuk ke dalam kawasan kaabah. Di Mekah mereka menunaikan solat tarawih 8 rakaat..
Sepupu sepapat kami yang tinggal di Mekah membawa kami ke shopping kompleks.. kedai di mekah kebanyakan dibuka pada malam hari dan pada siang hari pula ditutup. Kami dibawa oleh sepupu ke salah satu shopping complex sudah lupa namanya (nak tahu kena simpan duet p sendiri).. Dalam perjalanan pulang,saya melihat ada moto up tayar depan like “mat rempit’.alangkah terkejut nya saya apabila melihat kejadian itu. Ada jugak sikap masyarakat di sana seperti itu..haha ingat abang aku ja pandai buat skill 2..
Banyak lagi tempat yang dilawati....ntah la nak cerita semua macam xingt..yea makan ikan masin banyak sangat..Tapi kata Abdullah mekah sentiasa ada orang setiap masa..xpernah kosong dan lengang dengan manusia..katanya lagi malaikat akan menyerupai manusia akan berada dikaabah bagi menampakkan terdapat manusia dalam kawasan itu..Makanan di sana semua pelik2 tetapi enak. Contohnya nasi arab, nasi mandi dan teh arab..banyak lagi tapi saya lupa..xpa nanti saya update kena p Tanya mak dulu..itulah pengalaman saya sewaktu pergi menunaikan umrah bersama keluarga..Kaabah ialah titik persilangan atas bumi yang mengumpulkan kuasa yang paling besar didunia..Sebab itulah selagi kita hidup dan mampu, kita diwajibkan pergi ke Mekah walaupun sekali seumur hidup untuk membersihkan diri kita dari segala dosa dan kekesalan yang lampau..Ketika disana kami dinasihatkan menjaga tatatertib berbahasa..yea banyak kisah benar yang telah berlaku disana..